Friday, April 21, 2017

PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK INDIA MALAYSIA (MDAIM)


Kejayaan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAM) dan Mengubah Destini Orang Asli (MDOA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi aspirasi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan sebuah program yang serupa terhadap kaum India yang dinamakan Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM).

Program ini melibatkan kerjasama Special Implementation Task Force on the Indian Community dan Politeknik diseluruh negara dengan menyasarkan pengambilan seramai 1600 pelajar kaum India daripada keluarga miskin tegar setiap tahun. Aspirasi itu juga mengambil kira atas semangat Keadialan Sosial dalam prinsip 1 Malaysia dimana semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Perdana Menteri juga percaya bahawa pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti. Hari ini sudah pasti menjadi satu lipatan sejarah di dalam pendidikan negara kerana Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) di Politeknik Port Dickson.


Monday, April 10, 2017

Mengubah Destini Anak India


Dasar kerajaan iaitu Program Mengubah Destini Anak India Malaysia telah dilancarkan di Politeknik Port Dickson bagi membantu anak-anak daripada kaum India yang berpendapatan kurang dari RM 3,000.00 dan yang mempunyai syarat kelayakan minimum bagi kemasukan ke Politeknik KPTM perlu diberi peluang kedua untuk mengubah nasib mereka.


Tawaran ini khas ditujukan kepada anak-anak daripada masyarakat India yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan apa yang lebih penting adalah mereka ini golongan yang berpendapatan rendah yang perlu diberi bantuan. Dengan cara ini diharapkan mereka dapat mengubah diri dan nasib mereka di dalam menuju ke arah peningkatan ekonomi keluarga dan Negara. Program ini adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada laluan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kaum India di Negara kita.


Ini adalah satu lagi usaha kerajaan membantu mereka yang tidak bernasib baik untuk mengubah nasib mereka selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan semua golongan berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Melalui program Pra Diploma ini juga, peratusan kemasukan pelajar India di Politeknik dapat ditingkatkan melebihi 10 peratus bagi setiap tahun.

Berdasarkan daripada perangkaan yang dibuat, didapati bahawa pada tahun 2012 sebanyak 3,910 daripada 110,513 permohonan kemasukan ke politeknik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah daripada kaum India. Bagi meningkatkan populasi ini, kaum India seharusnya diberi akses untuk menerokai 60 program teknik dan vokasional yang ditawarkan di politeknik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk merebut peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi diri dan keluarga mereka.


Sehubungan dengan itu, Politeknik Muadzam Shah, Pahang dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik membuka peluang ini kepada pelajar-pelajar berbangsa India di seluruh Negara untuk mengambil peluang yang ada ini dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik di dalam membina masa depan yang cemerlang dan gemilang. Program yang ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah adalah program Pra-Diploma Sains yang mengambil masa 1 tahun pengajian.